LARIAN AMAL ‘FEET FOR RUN’
‘SYMBOL OF HOPE, RACE AGAINST DIABETES’
ADAKAH ANDA BERSEDIA?
LARIAN ANDA AKAN MEMBANTU OKU ASNAF UNTUK MELANGKAH SEMULA
BERLARI SAMBIL MERINGANKAN BEBAN
KENALI OKU ASNAF
“Dulu sebelum amputasi akak kerja kilang di Ipoh, selepas amputasi sebelah kaki akak masih boleh uruskan diri, sekarang dah dua belah amputasi susah sikit”
“harapan akak nak boleh urus diri, tak nak harapkan orang lain,nak boleh berjalan, nak bangun sidai kain”
“kalau boleh nak jalan jalan keluar tengok cahaya dunia luar, dulu masa ada kaki akak jalan keluar pergi bank, pergi urus sendiri urusan”
Kak Rohani yang berumur 51 tahun tinggal di rumah pusaka keluarganya di Titi Gantung, Bota, kaki kanan beliau diamputasi pada 2016 dan kaki kanan pada 2023 akibat kencing manis, ibarat ‘sudah jatuh ditimpa tangga’
Orang Kelainan Upaya.
MENYOKONG PESAKIT AMPUTASI
YURAN PENDAFTARAN
Sebahagian besar yuran pendaftaran anda akan disumbangkan kepada program amal yang bertujuan menyediakan kaki palsu percuma secara percuma kepada pesakit amputasi yang kurang berkemampuan.
PETA LARIAN
Kenali lokasi larian anda. Kenal pasti jenis trek yang tersedia, supaya anda lebih bersedia ketika ‘Feet For Run’.
PENDAFTARAN
Daftar segera supaya anda tidak terlepas acara ini. Pendaftaran boleh dilakukan melalui pautan di bawah;
DAFTAR SEKARANG
Mari Berlari Bersama, Langkah demi Langkah, Menuju Masa Depan Bebas Amputasi Berkaitan Diabetes.
“Feet for Run” – bukan sekadar larian, tetapi satu gerakan
menghadiahkan harapan kepada OKU asnaf dan perlumbaan menentang diabetes. Sertai kami dan menjadi simbol perubahan.
Bersama-sama, kita dapat membuat setiap langkah bermakna.
Maklumat Acara
TBA
NOVEMBER 2025
Anjung Floria, Putrajaya
5KM & 10KM
5KM (RM55)
10KM (RM65)
Medal, Tshirt & Goodies
feetforun@ddkedidi.com
Soalan-soalan Lazim
Pertanyaan Umum
Acara larian bakal diadakan pada 4 Januari 2025 (Sabtu) di Anjung Floria, Putrajaya.
*Lokasi dan Tarikh Acara tertakluk kepada perubahan*
22 December 2024
Umur minimum untuk menyertai larian ini adalah 5 tahun ke atas. Peserta di bawah umur 17 tahun hendaklah ditemani penjaga dewasa, atas 18 tahun.
Sekiranya pendaftaran anda Berjaya, anda akan melihat ‘Pendaftaran Berjaya’ pada skrin anda, di samping menerima emel pengesahan pendaftaran berjaya.
Sekiranya anda belum mendapat emel pengesahan pendaftaran, anda digalakkan untuk menyemak ‘spam, junk, promotions, dan social folder’ atau tab-tab lain yang tersedia. Sekiranya tidak Berjaya, anda boleh menghubungi kami di feetforun@ddkedidi.com sambil melampirkan nama penuh, No IC/Passport, alamat emel yang digunakan ketika mendaftar, dan bukti pembayaran yuran pendaftaran.
Tidak dibenarkan. Kemasukan acara larian sama sekali tidak boleh dipindah milik dan tidak boleh dikembalikan. Sistem pendaftaran mendokumenkan butiran setiap pelari, dan ketika kecemasan di mana pakar perubatan diperlukan, hubungan kecemasa diambil dari maklumat yang dinyatakan semasa pendaftaran. Untuk memelihara keselamatan peserta larian kami, sebarang perubahan sama sekali tidak dibenarkan.
Tidak dibenarkan. Yuran pendaftaran adalah sama sekali tidak dikembalikan.
Pek Pelari
Malangnya, medal penamat hanya boleh dikutip selepas tamat perlumbaan ketika di garisan penamat.
Anda tidak dibenarkan sama sekali untuk menukar saiz baju selepas selesai pendaftaran.
Tentang Larian
Bib larian WAJIB dipakai ketika memasuki lokasi acara larian. Penganjur memiliki hak untuk tidak membenarkan peserta yang tidak memakai bib larian untuk berada di garisan mula.
Acara larian akan dimulakan secara rasmi atau ‘flag off’ sekita 6:30 atau 7:00 AM
Malangnya, kami tidak dapat menyediakan system penyimpanan barang di lokasi acara. Peserta dinasihatkan untuk tidak membawa sebarang barang berharga atau untuk membawa barang berharga semasa larian bersama anda.
Sekiranya anda merupakan ibu mengandung yang kerap melakukan larian dan mendapat kelulusan dari penasihat kesihatan anda untuk terus berlari, ianya selamat untuk anda menyertai acara ini.Walaubagaimanapun, penganjur tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kecelakaan dan tidak menasihatkan ibu mengandung untuk menyertai acara ini.
Penganjur menasihatkan peserta larian untuk berada di lokasi acara 1 jam sebelum acara bermula.
Anda dibenarkan untuk memarkir kereta anda di Kawasan acara berlangsung. Namun, anda digalakkan untuk merancang perjalanan anda atas sebab jalan-jalan akan ditutup. Penganjur juga tidak bertanggungjawab atas kerosakan, kehilangan kereta anda sepanjang acara berlangsung. Anda perlu meletakkan kereta anda di Kawasan tersebut atas risiko sendiri.
Pendaftaran Feet for Run
Selamat datang ke Acara Larian “Feet for Run” yang dianjurkan oleh Kedidi Global Sdn Bhd, bersama rakan kongsi strategik Yayasan Uniti dan Uniti Waqi Sdn Bhd. Untuk penyertaan, sila isikan maklumat di bawah dan teruskan ke pambayaran.
Akan Datang
Out of stock