dD Kedidi Kaki Palsu 100% Handmade. RINGANKAN & PERMUDAHKAN.

Kenali dDkedidi

team-didi
KEDIDI GLOBAL SDN.BHD lebih dikenali sebagai dDKEDIDI, adalah syarikat perniagaan berkaitan prostetik. Kami membuat, memasang, membekal dan memberi perkhidmatan berkaitan kaki palsu. Usaha ini telah bermula sejak 10/10/2017, oleh keluarga (dDTeam).

Kenapa memilih untuk bantu OKU & Asnaf Amputee?

Mereka ‘tidak mampu’ membayar malah ada yang ‘tidak mampu’ memohon dari agensi bantuan untuk mendapatkan alat sokongan prostetik. Kebanyakan mereka adalah pasaran yang tidak dipedulikan.

Rintihan mereka,  “Lebih baik mati, saya dah jadi beban, kaki palsu mahal! berat! susah pakai! susah buka! tercabut! sakit! melecet!.... “.

Rintihan ini telah mendorong dDTeam untuk sentiasa mencabar status quo, ‘berkarya’ dan melakukan inovasi tanpa henti. Moga manfaatnya sampai kepada mereka.

Atas dari kiri: Bahrunnizam Abdullah (Pengurus Pengeluaran), Muhammad Uzair Abdullah (Pengurus Besar), Siti Nur Syakirah Abdullah (Pengarah Urusan), Iqbal Hakim Abdullah (Ketua Juruteknik), Syafiq Redzuan Abdullah (Pakar dDfoot & Ketua R&D)

Bawah dari kiri: Datin Noorsham Ibrahim (Penasihat Eksekutif), Dato’ Abdullah Mad Yunus (Penasihat Eksekutif)

Impian Kami

Semua OKU amputee asnaf/miskin ‘mampu’ memiliki kaki palsu dengan bermaruah.

Komitmen Kami

1. Membuat inovasi dan mengeluarkan kaki palsu yang praktikal & selesa untuk digunakan oleh OKU pada kos yang rendah.

2. Melaksanakan inisiatif agar OKU amputee dari golongan asnaf/miskin boleh mendapat kaki palsu percuma (dibiayai oleh penyumbang).

3. Mempermudahkan proses penyampaian kepada amputee asnaf (delivery)

Kejutan Realiti 1 (1/12/17):

Pak Udin (pelanggan pertama dD). Dia OKU tanpa kaki, tanpa pendapatan, duda dan hidup sebatang kara. Dia tidak mampu ‘memohon’ kaki palsu. Rintihannya tidak di dengari malah kadangkala dimarahi. Suara bisu Pak Udin telah memulakan inisiatif kendiri dDKedidi iaitu ‘PERCUMA untuk miskin tegar’.

sejarah-ddkedidi

Kejutan Realiti 2 (18/8/18):

Prudential BSN Takaful. Ini pula ‘gergasi’ yang mendengar rintihan ‘tanpa suara’ kami (dDkedidi). Tanpa diduga, pada 6/7/18, trio dari PruBSN Prihatin (sayap amal PruBSN) datang ke bengkel kami dan bertanya khabar. Mereka membawa hasrat organisasi PruBSN untuk membantu OKU amputee asnaf/miskin. Program ‘Mobility is Life’ milik mereka dilancarkan pada 18/8/18 di bengkel kecil kami oleh Tn Wan Saifulrizal (Pengerusi PruBSN Prihatin).

Program CSR mereka ini telah pembuka jalan kepada inisiatif ‘Redefine tajaan’. dDkedidi berusaha mendapatkan tajaan bagi membiayai kaki palsu agar OKU amputee mendapat kaki palsu yang mereka perlukan, secara PERCUMA.

mobility-is-life kaki palsu

Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan...