dD Kedidi Kaki Palsu 100% Handmade. RINGANKAN & PERMUDAHKAN.

Saya dah boleh berjalan…

SYAFIQ Redzuan memasang kaki palsu pada Muhammad Daniel Haikal, sekali gus membolehkan remaja itu berjalan tanpa menggunakan tongkat di rumahnya di Kampung Batu Lapan Lepar, Kuantan. FOTO Mohd Rafi Mamat

SYAFIQ Redzuan memasang kaki palsu pada Muhammad Daniel Haikal, sekali gus membolehkan remaja itu berjalan tanpa menggunakan tongkat di rumahnya di Kampung Batu Lapan Lepar, Kuantan. FOTO Mohd Rafi Mamat


 

“KAKI palsu baharu diterima ini lebih selesa dan tidak lagi sakit serta menyebabkan kecederaan ketika berjalan, malah saiz dan bentuk kaki palsu dengan lutut saya begitu sesuai.

“Selepas beberapa jam memakai kaki palsu ini, saya sudah mula boleh mengimbangi diri ketika berjalan tanpa perlu menggunakan tongkat,” kata remaja cacat kaki, Muhammad Daniel Haikal Hasdi, 14 tahun.

Beliau berkata, kaki palsu sumbangan syarikat Kedidi Kaki Palsu dari Selangor itu lebih ringan ketika berjalan dan tidak terlalu panas serta menyebabkan berpeluh kerana mempunyai lubang udara.

“Saya amat bersyukur dan mengucapkan terima kasih kepada pemilik Syarikat Kedidi Kaki Palsu apabila bermurah hati menyumbang kaki palsu 100 peratus buatan tangan.

“Keikhlasan mereka sukar untuk saya dan keluarga balas, saya hanya mampu berdoa semoga syarikat terbabit terus berjaya serta berkembang dalam bidang perniagaan diusahakan,” katanya yang juga pelajar Tingkatan Dua Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Lepar, di Kuantan.

Beliau yang cacat sejak lahir menerima kaki palsu jenis dDfoot disampaikan Pengurus Syarikat Kedidi Kaki Palsu, Syafiq Redzuan Abdullah di rumahnya di Kampung Batu Lapan Lepar, Kuantan, hari ini.

Sementara itu Syafiq Redzuan berkata, ini kali pertama pihaknya menyumbangkan kaki palsu jenis dDfoot kepada golongan memerlukan tanpa mereka perlu datang ke bengkel pembuatan milik syarikat.

Beliau berkata, kaki palsu jenis dDfoot mempunyai beberapa kelebihan berbanding jenis lain di pasaran kerana ia ringan, mudah dipasang dan mempunyai lubang udara.

“Kepakaran kami ada dalam pembuatan kaki palsu 100 peratus buatan tangan dapat menyelesaikan masalah dihadapi Muhammad Daniel Haikal yang sebelum ini terpaksa menggunakan tongkat ke sekolah.

“Menjadi tanggungjawab kami membantu remaja terbabit bergerak dengan selesa tanpa menyebabkan kecederaan dan keadaan tidak selesa secara berterusan,” katanya.

Sebelum Harian Metro menyiarkan berita mengenai Muhammad Daniel Haikal yang dilahirkan cacat kaki kanan yang tidak dapat menggunakan kaki palsu diberikan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) disebabkan tulang kaki yang dipotong tahun lalu, memanjang semula.

Setiap kali memakai kaki palsu itu, kaki kanannya luka dan berdarah hingga menimbulkan pelbagai masalah menyebabkan dia menggunakan tongkat bahu dan kerusi roda untuk bergerak.


 

Berita Asal: https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2018/03/321528/saya-dah-boleh-berjalan